Aku Ingin Pulang


Hidup Ini Sementara
Penuh Dengan Pelbagai Pancaroba
Bak Layar Di lautan
Yang Dipukul Gelombang
Terumbang-ambing Tiada Haluan
Maka Ingatlah Teman
Carilah Jalan Pulang
Menuju Keberkatan Keredhaan
Kepada Allah.....





.: The Only Me:.

5th year student,doctor to be ,another traveller in moscow,the place where I gained many experiences and learn about the true facts of life ,where hardship make me become someone...


.: Voice Of My Heart:.




O Allah! Please grant me o­ne Who will be the garment for my soul Who will satisfy half of my deen And in doing so make me whole

Make her righteous and o­n your path In all she'll do and say And sprinkle water o­n me at Fajr Reminding me to pray.

May she earn from halal sources And spend within her means May she seek Allah's guidance always To fulfill all her dreams .

May she always refer to Qur'an and the Sunnah as her moral guide May she thank and appreciate Allah For the man at her side.

May she be conscious of her anger And often fast and pray Be charitable and sensitive In every possible way .

May she honor and protect me And guide me in this life And please Allah! Make me worthy to be her loving husband .

And finally, O Allah! Make her abundant in love and laughter In taqwa and sincerity In striving for the hereafter.

Ameen



...Bismillahirrahmaanirrahim... Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.... Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu... ....Amin.....



Yang Dicari, walau bukan puteri raja, Tapi biarlah puteri agama

Yang diimpi biarlah tak punya rupa, Asal sedap dipandang mata

Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, Asalkan sihat rohani sempurna hati

Yang diharap bukan jihad pada semangat, Asal perjuangannya ada matlamat

Yang datang tak perlu srikandi dengan silam yang gemilang, kerna hamba rijal dengan silam yang kelam

Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, hamba redha ketetapan Ilahi,

Ya Allah terima kasih. Semoga aku dan dia istiqamah dalam perjalanan ini...




   



<< March 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




blogdrive

Mar 6, 2005
Jangan Menipu Allah

Sebagai panduan hidup
Astargfirullah
 
Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yg bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yg besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.
 
Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yg bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.
 
Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dgn wanita yg tidak menutup aurat & peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dgn lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dgn lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yg ada percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung utk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka utk beribadah, akhlak & tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kpd kemewahan dunia, tahan diuji & sentiasa mencari-cari peluang utk mengajak masyarakat wanita yg lainnya agar sama-sama menutup aurat.
 
Lantaran berbezanya mereka dgn wanita yg lain, maka org pandang tinggi kpd wanita yg bertudung, walaupun masih ramai yg tidak suka kpd mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didlm dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dgn berbagai pertanyaan mengenai apa yg mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yg sesuai dgn nas Al Quran dan hadith utk menyakinkan org ramai. Oleh sebab itu org ramai memandang tinggi kepada mereka.
 
Di awal 90'an, bilangan org bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dgn wanita yg bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah
 
Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya drp calaran alat-alat make up, tetapi kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk drp mereka yg tidak memakai tudung atau buka aurat.
 
Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke tempat hiburan & sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.
 
Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.
 
Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yg hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.
 
Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yg mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai org yg bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yg bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yg berpurdah yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dgn wanita yang bertudung dan wanita yg memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yg mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.
 
Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada di dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.
 
Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."
 
Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat utk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn menutup aurat tetapi mendapat dosa.
 
Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dlm suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat di sekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dgn apa yg dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah.
 
Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.
 
Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.
Wallah  hu aklam
 
P/s: sebarkanlah walaupun satu ayat

Posted at 10:42 am by balaque

Nur
January 15, 2009   02:22 PM PST
 
Quote :Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dgn wanita yg tidak menutup aurat & peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dgn lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dgn lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yg ada percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung utk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka utk beribadah, akhlak & tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa...."end quote

Kenyataan yang tidak tepat! Tidak semua. Maaf..tetapi ramai yg pakai tudung kurang ajar cakapnya, mengumpat dan mulut celupar. Mengata,menyindir dan sakit hati dgn perempuan yg bergaya tanpa tudung. Dgn lelaki bergelak ketawa mengilai...sungguh tidak sopan..cuba teropong di pejabat kerajaan..masha Allah..setiap kali saya ke pejabat kerajaan atas urusan, hampir seluruh melayu memakai tudung tetapi gatalnya sungguh memalukan dgn pekerja lelaki, ckp berkias2 berbau seks..tidak puas..mengantuk sb kerja kuat malam tadi..dan mcm2 lagi sungguh memalukan dan tak ada klass..bercakap mcm perempuan tepi jalan!..cuba tengok dlm dewan MUZIK-MUZIK TV3 tau apa2 rancangan berbentuk hiburan.. 3/4 penonton di auditarium adalah perempuan bertudung...oh come on..jgn menipu diri sendiri! Kenyataan anda tidak tepat!
nisah_dphm
September 28, 2007   06:53 PM PDT
 
izinkan utk copy paste dan diletakkn di blog saya
sarfena jumawan
November 30, 2005   03:54 PM PST
 
saya betul betul setuju dengan kat kata awak kerana iya amatlah betul untuk kaum wanita.saya pun ikut fesyen aje,tapi sekarang i realize yg awak ni betul
.insyaallah saya nak bertundung kerana allah da tak akan meperlihat lhat kan aja.wassalam
sarfena jumawan
November 30, 2005   03:54 PM PST
 
saya betul betul setuju dengan kat kata awak kerana iya amatlah betul untuk kaum wanita.saya pun ikut fesyen aje,tapi sekarang i realize yg awak ni betul
.insyaallah saya nak bertundung kerana allah da tak akan meperlihat lhat kan aja.wassalam
sarfena jumawan
November 30, 2005   03:54 PM PST
 
saya betul betul setuju dengan kat kata awak kerana iya amatlah betul untuk kaum wanita.saya pun ikut fesyen aje,tapi sekarang i realize yg awak ni betul
.insyaallah saya nak bertundung kerana allah da tak akan meperlihat lhat kan aja.wassalam
neo_hild
November 16, 2005   10:19 AM PST
 
bagus sebab tubuhkan laman ini. saya amat bersetuju dan berharap agar wanita di luar sana akan mengambil iktibar daripada laman ini..syabas dan tahniah, semoga laman ini akan terus aktif.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry